BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 27, 2010

Bebaskan diri daripada tekanan

ARKIB : 23/02/2010 - Utusan

Bebaskan diri daripada tekanan


Jangan biarkan hidup sentiasa diselubungi tekanan.


TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, berprasangka buruk dan berdendam.

Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menanganinya dengan bijak.

Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian.

Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri.

Mereka yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan baik.

Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat.

Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan.

Antara punca tekanan ialah sifat terlalu mengharap yang terbaik, tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain, kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.

Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.

Di bawah terdapat beberapa kaedah yang boleh mengurangkan atau mengatasi tekanan dalam menghadapi dugaan hidup.

lSenyumKebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka. Paling tak pun kita akan mengeluh atau mengomel sendirian? Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.Cubalah, pasti merasai kelainan.

lBersendirianAda sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambi iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.

lBertenangJanganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri daripada membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling.Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati kita akan berlapang dada tekanan yang di hadapi juga akan berkurang.

lPeluk sesuatuAnda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

lLavenderBagi yang suka pada aroma terapi minyak pati lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap tekanan anda. Ini kerana minyak Lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan tekanan.

lKasih sayangTerapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Kasih sayang daripada mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.

lAllahIkutilah perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yang dilarang. Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat. Dekatkan diari terhadap-Nya.

lCeriaJanganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada di sekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup di dunia ini hanya untuk sementara jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.

Universiti Politeknik menjelang tahun 2015

ARKIB : 26/02/2010-Utusan
Universiti Politeknik menjelang tahun 2015

PUTRAJAYA 25 Feb. - Kerajaan menyasarkan penubuhan sebuah Universiti Politeknik menjelang 2015 sejajar dengan langkah transformasi menjadikan politeknik peneraju pendidikan vokasional dan teknik di negara ini.

Serentak itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiga buah politeknik perintis dinaik taraf sebagai Politeknik Premier iaitu Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Politeknik Ungku Omar, Ipoh dan Politeknik Johor Bahru.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Politeknik Premier yang akan ditambah jumlahnya pada masa depan dijadikan asas kepada penubuhan universiti politeknik.

Kata beliau, penubuhan universiti itu akan meletakkan pendidikan teknik dan vokasional di peringkat pasca menengah dan tinggi di bawah satu bumbung tanpa para pelajarnya perlu menyambung pengajian ke institusi lain.

''Dengan menawarkan pakej pendidikan di peringkat diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda, sistem politeknik pastinya akan menarik minat pelajar-pelajar terbaik di negara ini.

''Ia kerana bidang vokasional dan teknikal bertambah penting selaras dengan Model Ekonomi Baru yang memerlukan kepakaran lebih tinggi dan menguasai bidang-bidang baru," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Transformasi Politeknik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini

Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kurikulum pelajaran vokasional dan teknik di sekolah-sekolah menengah juga akan diteliti semula bagi menjayakan proses transformasi bidang kemahiran tersebut.

Beliau yang menyarankan proses inovasi dilakukan kepada sistem politeknik berkata, institusi kemahiran itu perlu menawarkan laluan pendidikan tinggi yang lebih singkat.

''Ini sekali gus menjadikan politeknik sebagai institusi pilihan utama bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian ke universiti-universiti teknikal di negara ini.

''Ia boleh dikembangkan dengan memberikan pengecualian kredit kepada lepasan sekolah menengah yang memasuki politeknik," katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata, bidang dan program yang ditawarkan oleh politeknik harus selaras dengan perubahan semasa antaranya mempergiatkan kursus animasi digital, reka bentuk, insurans dan kewangan.

''Bidang-bidang baru seperti bioteknologi dan nano-teknologi juga perlu dibangunkan sebagai jurusan kepakaran politeknik," katanya

Thursday, February 25, 2010

PUNCA KAWALAN DIRI

PUNCA-PUNCA KAWALAN DIRI

Lokus kawalan usahawan merupakan tahap di mana usahawan berkeyakinan yang gelagat mereka dikawal oleh kuasa dalaman atau luaran (sila rujuk Jadual 5.2). Terdapat dua jenis lokus kawalan iaitu:-

1. Kawalan Dalaman;
Keyakinan bahawa mereka sendiri mengawal masa depan. Mereka yakin komitmen yang diberikan terrhadap perniagaan yang dijalankan akan menentukan jumlah keuntungan yang akan diperoleh.

2. Kawalan Luaran;
Usahawan melihat kejayaan perniagaan yang dijalankan bergantung kepada sokongan yang diperoleh daripada pihak lain. Oleh itu kejayaan yang bakal diperoleh tidak boleh dijangka, bergantung kepada nasib dan destinasi mereka dikawal oleh mereka yang lebih berkuasa.


Jadual 5.2 : Lokus Kawalan Dalaman dan Luaran


Untuk mengetahui sama ada kita mempunyai lokus kawalan dalaman atau lokus kawalan luaran cuba jawab soalan berikut:



Baca pernyataan berikut dan pilih sama ada a atau b yang sesuai dengan diri kita.

______1. a. Kebanyakan kejadian yang mendukacitakan terjadi kerana nasib tidak baik.
b. Kecelakaan yang menimpa manusia adalah akibat kesilapan mereka sendiri

______2. a. Tidak ada satu pun ujian yang dihadapi itu tidak adil.
a. Kerapkali soalan dalam peperiksaan tidak berapa berkait dengan apa yang dipelajari menjadikan mentelaah tidak berguna.

______3. a. Kalau ingin berjaya, mesti berusaha dengan gigih, tidak ada kena mengena dengan nasib.
b. Mendapat pekerjaan yang baik bergantung pada tempat dan masanya.

______4. a. Warganegara biasanya boleh mempunyai pengaruh ke atas kerajaan dalam membuat keputusan.
b. Dunia ini diuruskan oleh segelintir orang yang berkuasa, dan orang bawahan tidak dapat membuat apa-apa.

______5. a. Bila saya membuat rancangan saya hampir yakin rancangan itu dapat dilakukun.
b. Adalah tidak bijak membuat perancangan awal kerana nasib akan menentukan segala-galanya.

______6. a. Bagi saya untuk mendapat apa yang saya mahu, tidak ada kena mengena dengan nasib.
b. Kerapkali lebih baik membuat keputusan dengan melambungkan duit syiling.
______7. a. Berkenaan dengan hal dunia, kita adalah mangsa kuasa yang kita tidak mengerti atau menguasainya.
b. Dengan mengambil bahagian yang cergas dalam hal politik dan kemasyarakatan, manusia boleh menguasai kejadian dalam dunia.

______8. a. Bila kejadian yang tidak diingini berlaku kepada kita, ia akan diseimbangkan dengan kejadian yang baik.
b. Kebanyakan kejadian yang tidak diingini disebabkan oleh tiada kebolehan, kejahilan dan kemalasan atau ketiga-tiganya sekali.

_______9. a. Dengan cukupnya usaha kita boleh menghapuskan rasuah dalam politik.
b. Adalah sukar untuk mengawal perkara yang dilakukan oleh ahli politik semasa di dalam jawatannya.

______10. a. Kadang kadang saya tidak faham bagaimana cara guru memberi markah.
b. Ada pertalian di antara markah yang saya dapat dengan usaha saya.

______11. a. Seorang pemimpin yang bijak mengharapkan orang membuat keputusan sendiri mengenai langkah yang harus diambil.
b. Seorang pemimpin yang bijak menerangkan kepada setiap orang tentang tugas mereka.

______12. a. Apa yang berlaku kepada saya adalah akibat perbuatan saya sendiri.
b. Kadang-kadang saya rasa lidak boleh mengawal dengan cuknp ke mana arah kehidupan saya,

Setelah anda menjawab soalan di atas, anda bolehlah semak markah yang anda perolehi dengan menggunakan panduan berikut. Anda perlu menjawab dengan jujur untuk mendapatkan markah yang tepat.

Bilangan Markah

1. a. 1
b. 0

2. a. 0
b. 1

3. a. 0
b. 1

4. a. 0
b. 1

5. a. 0
b. 1

6. a. 0
b. 1

7. a. 1
b. 0

8. a. 1
b. 0

9. a. 0
b. 1

10. a. 1
b. 0

11. a. 0
b. 1

12. a. 0
b. 1



Setelah memberi markah kepada jawapan anda, anda bolehlah campurkan jumlah markah anda. Untuk item-item di atas, markah minimum ialah 0 dan markah maksimum iulah 12. Sekiranya anda mandapat markah 0 bermakna anda mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi. Jika anda mendapat markah 12, anda tergolong dalam kumpulan lokus kawalan luaran. Walau bagaimanapun, kalau anda mendapat markah pertengahan seperti 6 atan 7, anda bolehlah dikategorikan sebagai mempunyai lokus kawalan dalaman dan luaran yang sederhana, iaitu anda memiliki unsur-unsur dalaman dan juga luaran. Sekiranya anda mendapat markah yang mirip kepada lokus kawalan luaran, yang pentingnya anda sedar tentang kedudukan anda dan cuba berusaha untuk mengubahnya.