Kompetensi
keusahawanan bermaksud kemampuan atau kecekapan seseorang untuk melaksanakan
fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan. Kompetensi atau ketrampilan diri
keusahawanan dimiliki melalui amalan-amalan perilaku hasil daripada pengaruh
nilai-nilai hidup seseorang, sikap atau desakan dalaman untuk melakukan tugas
dengan cemerlang. Melalui kompetensi keusahawanan, seseorang akan lebih mampu
dan lebih cekap berbanding dengan orang lain yang mempunyai pengetahuan dan kelulusan yang sama. Antaranya berinisiatif, melihat dan merebut peluang,
kecekalan, berkeupayaan mencari maklumat, menitikberatkan mutu kerja yang
tinggi, komitmen terhadap perjanjian kerja, kecekalan, membuat perancangan yang
sistematik, menyelesaikan masalah secara kreatif, berkeyakinan, ketegasan,
menyakin orang lain dan seterusnya menggunakan strategi pengaruh.
0 comments:
Post a Comment